Buletin Pengakap

Buletin Pengakap (BP) adalah merupakan sebuah majalah kepengakapan yang diterbitkan oleh Neo Art Enterprise. Majalah ini memulakan penerbitan pada Jun 2007 dan dipasarkan di seluruh Malaysia. Ia menyentuh tentang aktiviti-aktiviti kepengakapan yang dijalankan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). Selain dari itu, BP juga turut memaparkan maklumat-maklumat mengenai ilmu-ilmu pengakap, aktiviti serta lokasi riadah, perkenalan sahabat pengakap, profil pasukan pengakap dari luar negara, hobi dan pelbagai lagi cabang kepengakapan.Majalah BP ini mendapat kerjasama dari PPM dalam penyaluran info-info mengenai aktiviti kepengakapan yang dianjurkan, selain dari maklumat-maklumat yang disumbangkan oleh orang perseorangan, pemimpin pasukan pengakap sekolah, ahli-ahli pengakap kelana ataupun kepimpinan pengakap di peringkat daerah di negeri-negeri di seluruh Malaysia.Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.